Perjalalan Hujjaj 2

Setelah persiapan yang ala kadar kerana persiapan yang terlalu suntuk kami ke Kuala Lumpur tiga beranak dengan menaiki kereta izzi dan bermalam di hotel Armada PJ. Pada esoknya kami ke Pusat Pengumpulan para jemaah Haji. Kami ke sana tiga beranak dan keluarga Makcik Nab turut menghantar kami ke Kelana Jaya. Rasa kamilah jemaah yang paling ‘simple”, berbanding dengan jemaah lain yang dihantar oleh ratusan sanak saudara. Kami anggap ini permulaan dugaan bagi ibadat haji. Pesawat Arab Saudi Airline berlepas ke Madinah Al Munawarah kira-kira 1.00 pagi waktu Malaysia.

Leave a Reply