PERATUS MENGAMALKANNYA AMAT RENDAH JIKA………

Jika keinginan kita 50/50 atau kurang daripada itu biasanya kebangkalian untuk melaksanakan sesuatu amalan itu amat rendah. Jika di masjid di umumkan bahawa esoknya ada kuliah Subuh dari penceramah yang dijemput khas, dan hati kita yang murni itu merasa berminat untuk hadir. Namun, fikiran melayan-layan dengan beberapa persoalan seperti terbangunkah, sempatkah, perlukan, atau mungkin yang ingin disampai adalah perkara biasa dan mungkin sudah maklum atau jika terbangun awal atau ada kesempatan! Pada dasarnya ianya gangguan syaitan yang akan menghalang untuk hadir esok paginya. Untuk mengatasi situasi tersebut kita kena tegaskan esok aku mesti hadir kerana mungkin ilmu yang amat bermanfaat akan aku perolehi atau jika ilmu tersebut aku sudah sedia maklum, akan ingin perkemaskan lagi ilmu tersebut atau sebagai peringatan kembali mungkin aku sudah terlupa atau aku belum bersungguh-sungguh mengamalkannya, maka dengan ingatan tersebut aku akan mengamalkannya dengan sebenarnya. Maka kebarangkalian untuk hadir adalah lebih besar. Begitu juga dengan amalan-amalan lain kena ada kesungguhan dan tekad untuk kita amalkan baru ia menjadi realiti.

Leave a Reply