PERANGILAH RIYA’!!!!!!

Riya’ boleh mensifarkan semua amalan. Apabila amalan sifar makan amalan menjadi nagetif kerana yang tinggal apabila dihidab nanti adalah dosa yang kita lakukan sama dosa kecil atau dosa besar. Jika manusia tidak pernah melakukan dosa dengan sengaja sudah semestinya ada dosa yang tidak disedari. Realitinya manusia tidak maksum kecuali baginda Rasulullah Sallallahu ‘alaiwasallam. Maka apabila amalan yang perintah menjadi sifar, maka yang tinggal adalah dosa. Sifir bagi manusia yang berdosa jawapan metematiknya adalah NERAKA.
Oleh itu kita dengan komitmen 100% mesti memerangi perasaan riya’ ini dengan bersungguh-sungguh setiap saat! Begaimanakah caranya?????!

Cadangan terutama untuk diri sendiri!
Apabila kita solat berjemaah, maka anggaplah orang di saf kita lebih baik dari kita dari semua aspek. Mungkin mereka guru dalam tajwid atau mereka sedang mendalami ilmu tersebut( orang yang sedang belajar dimaafkan jika melakukan KESALAHAN). Jika kita sudah biasa dengan bacaan tambahan dalam solat dalam doa iftitah kita, doa rukuk kita, doa ‘I tidal kita, doa sujud kita doa tambahan dalam tahiyat akhir kita , anggaplah jemaah di saf kita lebih mahir lagi dari kita dan lebih lengkap lagi dari atau mereka mengamalkan semasa solat bersendirian. Elakkan masa melaksanakan solat di depan orang ramai mengambil masa yang lama berbanding dengan masa kita solat bersendirian. Elakkan solat sunat di depan orang ramai melebihi solat semasa bersendirian. Pastikan solat sunat yang kita dirikan di masjid, kita juga laksanakan apabila kita bersendirian. Anggaplah orang lain lebih khusyuk solatnya dari kita. Jika kita beriman orang yang lebih mudah atau kita nampak sebarang kekurangan, maka anggaplah kekurangan itu hanya pada mata kasar sahaja, namun dosa amat sedikit berbanding dengan dosa kita. Kukurangan ilmu tapi doanya juga amat kuran berbanding dengan kita yang menganggap diri berilmu, namun bergelumang dengan dosa. Kesimpulannya lebih baik dari kita! Jika kita puasa Isnin dan khamis, mungkin jemaah lain laksanakan juga. Sekiranya kebetulan jemaah itu makan pada hari sepatutnya puasa sunat, mungkin dia uzur atau adalah keperluan lain yang memakruhkannya berpuasa hari tersebut! Di samping kita kena beranggapan puasanya lebih berkualiti dari puasa kita dari aspek penjagaan pancaindera dan amalan-amalan yang lain. Jika kita laksanakan Qiamulai, mungkin jemaah lain lebih awal bangun malamnya dari kita dan kualiti amalan malam lebih baik dari kita. Kesimpulannya anggapan kita baru bermula dan jadikan mereka itu sebagai pendorong untuk melaksanakan amalan yang terbaik semata-mata keranaNya.

Leave a Reply