PERANCANGAN UNTUK ESOK

Kebanyakkan orang akan merancang apa yang akan kita lakukan esok. Sekiranya esok hari bekerja, kita akan pastikan esok kita akan ke tempat kerja. Di sana akan bertemu rakan sekerja, keluar sarapan dan lunch bersama. Pulang ke rumah bersama famili dan keluar makan jika perlu atau “window shopping”. Begitulah rutin hariannya. Pernahkan kita merancang jika esok hari Isnin atau Khamis, kita akan berpuasa, pulang dari pejabat kita rehat seketika seterusnya solat berjemaah di surau atau masjid disertai dengan zikir petang , tadarus al Quran beberapa halaman dan bersedia untuk berbuka dan ke masjid atau surau untuk solat Maghrib berjemaah dan di sambung dengan Isyak (aktiviti keagamaan di antara waktu Maghrib dan Isyak). Pernahkah kita mernacang begini? Kalau belum mulalah perancangan begini untuk mendapat redhaNya.

Leave a Reply