PENTINGKAN DALAM MELAKSNAKAN SEMUA SOLAT KITA

Semua solat hendaklah dilaksanakan dengan sesumpurna mungkin, tidak kira solat itu fardu atau sunat. Apabila kita solat, kita sebenarnya sedang berhadapan dengan Allah yang Esa. Jadi apabila kita mendirikan solat, laksanakan sebaik mungkin! Sebaik mungkin bermaksud apa yang kita baca dalam solat fardu, itulah jiga di dalam solat sunat, sama ada aspek zikirnya, doanya dan bacaannya. Aspek tu’maninah merupakan rukun dalam solat, jadi pastikan dalam solat sunat pun kena kita patuhi. Malah dalam solat sunat berbagai aksesori( bacaan dan doa tambahan dari sunnah) dapat kita amalkan kerana kita tidak terikat dengan imam solat yang mempunyai syarat-syarat solat berjemaah. Kecualilah masa tidak mengizinkan, maka bolehlah kita laksanakan yang rukun sahaja , seperti solat sunat rawatib qabliah kita terpaksa sesuaikan dengan masa yang diperintukkan sebelum solat fardu berjemaah didirikan. Untuk solat sunat rawatib ba’diah buatlah yang terbaik sekiranya kita mempunyai masa untuk melaksanakannya. Untuk solat malam kita tidak mempunyai masalah,hanya diri kita yang menentukan. INGAT BAHAWA APABILA KITA SOLAT KITA BERDEPAN DENGANNYA IALAH TUHAN RABBULJALIL. Kita rasa amat SEDIH apabila sebahagian kita, tidak mengambil berat dalam hal ini, sebagai contoh dalam solat Terawih. Kalau kita perhatikan di setengah tempat ianya dilaksanakan dalam keadaan cepat iaitu melaksanakan perkara rukun sahaja, seolah-olah solat tersebut tidak penting tapi sebagai rutin tahunan, maka asal ada! Bagi diri kita jika berhadapan dengan imam bersikap seperti ini, maka cari masjid berhampiran yang imamnya memberi peluang untuk kita laksanakan solat sunat tersebut sebagaimana kita laksanakan solat fardu. Laksanakanlah solat dengan bersungguh-sunggguh semua solat yang kita dirikan! Kerana apabila kita solat, kita sedang menyembahNya. Jadilah hambaNya yAng taat yang sentiasa menyedari Allah MAHA AGUNG.

Leave a Reply