PENGETAHUAN TENTANG IBADAT WAJIB DI LUAR KEADAAN NORMAL TERSANGAT PENTING

Ibadat ada yang wajib dan sunat. Ibadat yang wajib ada yang mesti dilaksana dalam apa situasi sekalipun selagi akal kita waras seperti solat fardu. Ada ibadat yang boleh ganti kemudian atau diganti dengan fidyah mengikut syarat-syarat yang ditentukan seperti puasa di bulan Ramdhan. Manakala ibadat sunat jika dapat dilaksanakan di waktu maka ganjaran berganda. Jadi dengan ini, tidak lemgkap jika hanya kita mengetahuan setiap ibadat secara umum sahaja. Kita kena mendalami tentang cara solat sewaktu mussafir, cara solat sewaktu sakit, cara membantu orang sakit supaya kekal amalan solatnya, cara qodha solat, solat yang tertinggal secara tidak sengaja, dan sebagai dari berwuduk atau tayamun sehinggalah salam. Ini kerana mesti didirikan walau dalam keadaan apa sekalipun selagi akal kita waras. Kita kena belajar dari A -Z dalam semua aspek berkaitan solat. Begitu juga dengan ibadat lain kita jangan sekali-kali ambil mudah. Kita kena tahun bagaimana ingin laksanakan ibadat atau apa tindakan terhadap sesuatu ibadat sekira wujud keadaan di luar normal. Mudahan dengan pemahaman yang jelas kita jelas apa tindakan kita apabila berada di luar normal dan ibadat mesti berjalan terus. Sesungguhnya Allah MAHA MENGETAHUI keupayaan hambaNya.

Leave a Reply