Pengajian Alquran (1)

Pengajian Al-Quran, tafsir dan fardu ‘ain masuk kali ketiga bermula pada minggu lepas iaitu 7 November 2008. Semakin belajar rasanya semakin banyak yang tidak tahu dan menghilangkan keraguan. Ustaz Hj Muhammad Yakub Lubis merupakan lubuk ilmu yang tersembunyi di Sandakan. semoga Allah memberi kekuatan kepada diri ini untuk istiqamah dengan pengajian ini. Semoga kesihatan dan panjang umur untuk Ustaz agar ilmu-ilmunya dapat dimanfaatkan olehku dan umat di Sandakan. Sebentar tadi Tok Guru Hj Yakub Lubis mendedahkan tentang tajwid di dalam surah Asy Syu’araa dari ayat 117 hingga ayat 227. Tafsir beberapa ayat yang berkaitan dengan solat; dalam firmanNya :

الَّذِي يَرَاكَ حِينَ تَقُومُ

26. 218. Yang melihat kamu ketika kamu berdiri (untuk sembahyang)(218), dijelas dengan terperinci tentang rukun solat terdiri dari tiga bahagian iaitu rukuh fi’li, qalbi dan qauli.  Di samping itu dijelaskan juga perkara-perkara sunat dalam solat terbahagi kepada dua iaitu sunat mua’akad(sujud sawi jika terlupa) dan hai’ah. Dijelaskan juga bacaanya kepada rakan yang bertanya. Ditekan tentang solat yang dilihat oleh Allah SWT berdasarkan firman di atas.

Tuan Guru turut menjelaskan secara agak terperinci tentang sejarah penerimaan wahyu oleh Jujungan Besar Nabi Muhammad S.A.W dan peta lakar persekitaran Ka’abah dan gua Hira’ pada masa dulu dan kini berdasarkan pengalaman beliau dengan menghuraikan firman :

نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الْأَمِينُ

Ayat 193. dia dibawa turun oleh Ar-Ruh Al-Amin (Jibril),dan

لَى قَلْبِكَ لِتَكُونَ مِنَ الْمُنذِرِينَ

Ayat 194. ke dalam hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan,(194). Pengalaman mengunjungi Ka’abah beberapa kali sejak 1980 lagi memang tiada nilainya.  Ini menyebabkan diri ini tidak sabar mengunjungi BaituLLah. Semoga Allah SWT menyegerakannya. Pengajian berakhir kira-kira 8.30 pm dengan rasanya semakin dahaga terhadap pengajian ini. Singgah di Restoran Zakaria (berhampiran Masjid Bandar Sandakan) untuk membasah tengkok dengan “Tea Madras”.

Tip perubatan Islam ustaz: Sekiranya ada gangguan was-was semasa takbir ratul ihram maka bacalah istighfar 7 kali memohon keampunan dosa mata, hidung, mulut, perut, kemaluan dan tangan/kaki(digallakkan menyentuh anggota-anggota tersebut)

Wallahu’allam.

Leave a Reply