Pengajian Al Quran IV

Tuan Guru Hj Yaakub Lubis

Bacaan tajwid pada kali ini dengan bacaan ayat suci al Quran, surah An Naml ayat 60 sehinga ayat 93 ialah akhir surah.

Di antara hukum tajwid yang ditekankan ialah

i. Mad Lazim Musaqah Kalimi – dipanjangkan 6 harakah(دَابَّةً)

ii. Hukum ra’ (رَ )

Hukum membaca ra’ ada 3, iaitu:

A. Ra’ yang tebal

a. Ra’ yang berbaris atas atau hadapan.

b. Ra’ yangyang mati didahului baris atau atau hadapan.

c. Ra’ yang mati kerana waqaf didahului baris atas atau hadapan.

d. Ra’ yang yang mati didahului baris bawah yang bukanasal.

e. Ra’ yang mati didahului baris bawah yang asal, dan sesudahnya terdapat huruf Isti’ila

f. Ra’ yang mati kerana waqaf didahului huruf huruf mati selain ya’ mad atau lin.

B. Ra’ yang nipis

a. Ra’ yang berbaris bawah.

b. Ra’ yang mati didahului baris bawah yang asal dan tidak ada sesudahnya huruf Isti’ila’.

c. Ra’ yang mati kerana wakaf didahului ya’ mad atau lin.

d. Ra’ yang mati kerana wakaf didahului dengan baris bawah.

e. Ra’ yang mati kerana wakaf didahului huruf yang mati serta huruf sebelumnya berbaris bawah.

C. Ra’ yang boleh tebal atau nipis.

a. Ra’ yang mati didahului baris bawah yang asal dan sesudahnya terdapat huruf Isti’ila’ yang berbaris bawah.

b. Ra’ yang mati kerana wakaf, didahului huruf Isti’ila’ yang mati dan huruf sebelumnya berbaris bawah.

Pengajian diteruskan dengan tafsir beberapa ayat di antaranya pengertian :

1. (دَابَّةً)

Yang bermaksud sejenis haiwan yang boleh bercakap, ianya akan muncul apabila dunia hampir kiamat.

TAUHID

Sifat Rububyiah diterangkan secara mendalam yang membawa maksud Allahlah yang memberi segala-galanya.

Penekanan sifat rububiyah dalam solat ialah solat bermaksud seseorang hamba berdialog dengan RABBUJALIL. Atau paling tidak merasakan Allah nampa setiap gerakan kita (perkataan[qauli],perbuatan[*fe’eli],dalam hati[qalbi] kita[niat dan kekusyukannya]). Menurut riwayat bahawa Saidina Ali R.a bergegas apabila solat kerana dia merasai bahawa sedang berdepan dan berdialog dengan Allah SWT.

Dijelaskan juga tentang perkara yang membatalkan aqidah iaitu:

1. Syirik

2.Kufur

Kurafat

4.Murtad

*Tidak dibuat tidak sah dan sekiranya berlebihan batal solat.

FEKAH

Solat pada bahasanya doa dan pada syara’nya ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang tertentu dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam.

PEPATAH ARAB UNTUK ORANG MENGERJAKAN SOLAT BERDASARKAN FIKIRAN SENDIRI DAN MELAKSANAKAN LAIN DARI YANG LAIN [Menganjil diri untuk terkenal].

Tips untuk mendapatkan anak yang soleh:-

Ketika mengandung- 3 bulan pertama amalkan bacaan surah Luqman[supaya taat kepada perintah Allah], 3 bulan pertengahan amalkan bacaan surah Yusuf[kesempurnaan] dan pada 3 bulan terakhir amalkan bacaan surah Maryam[supaya mudah bersalin].

Catatan; Pengajian ditanggung sehingga awal Janauari 2009 [BERCUTI].

SEMOGA GANJARAN YANG TIDAK TERHINGGA OLEH ALLAH SWT KEPADA GURUKU. Amin

Leave a Reply