Pengajian Al Quran III

Tuan Guru Hj Yaakub Lubis

Pengajian Tajwid bersambung dengan Surah An Nalm dari ayat 45 hingga ayat 59,. Di antara hukum tajwid yang ditekankan ialah;

i. Mad Wajib Muttasil ( النِّسَاء), maksudnya huruf mad bertemu dengan huruf hamzah dalam satu kalimat. Panjangnya 4 atau 5 harakat.

ii. Wakaf pada huruf yang bertanwin di atas ( صَالِحاً ) panjangnya 2 harakah.

iii. Mad farqi ( آللَّهُ)Maksudnya hamzah al (al-ta’rif, kata disandang al, maka untuk membezakan antara pemberitahuan dengan pertanyaan hendaklah dipanjangkan bunya hamzah 6 harakat.

iv. Idgham Binghunnah (berdengung)-قَوْمٌ تَجْهَلُونَ

v. Idgham Bila Ghunnah (tidak berdengung)- huruf Lam dan Ra .

Pengajian diteruskan dalam bab mengenal ilmu Tauhid dan Taqdis.

A. TAUHID bermaksug menEsakan Allah SWT yang meliputi

a. Zatnya

b. SifatNya (Yang MAHA SEMPURNA)

c. Af’alNya (Perbuatan)

d. Asmaul husna

B. TAQDIS bermaksud mensucikan(ALLAH MAHA SUCI) Allah SWT.

ALLAH MENDENGAR SEGALA ZIKIR SUBHANALLAH oleh hambanya serta zikir SamiAllahhuliman hamidah (Allah mendengar segala puji-pujiannya)pada bangkit dari rukuk dan seterusnya dibaca.  Rabbanalakalhamdu. Balasan untuk hamba yang mengamalkan zikir ini amat besar dan tidak terlafaz(jika diandaikan kesenangan dunia tidak akan habis nikmat/harta untuk beberapa keturunan)dan akan disimpan di akhirat sebagai balasannya.

Sebagai penutup ditekankan fadilah dan bacaan doa selepas membaca Bismillah dan Al Fatihah. Adalah amat besar pahalanya jika bibaca bismillah sebanyak 118 kali dalam sehari semalam dan 100 kali bagi Al Fatihah.

Maksud doa akan kemukakan kemudian setelah mendapat maksud yang lenggkap. IsnyaAllah.

jumpa lagi esok.

Leave a Reply