Pengajian Al Quran dan Feqah

 Al Fadhil Tuan Guru Hj Yaakub Lubis

RINGKASAN PENGAJIAN

i. Pengajian Al Quran dan Tajwid

Pengajian Al Quran sambungan surah Al Jaatsiyah(Surah ke 45) ayat 14 hingga ayat 28. Penekanan pada ayat ke 28 iaitu bacaan ketika membasuh tangan semasa mengambil wuduk. Memohon supaya Kitab amal diterima melalui tangan kanan  semasa membasuh tangan kanan dan memohon perlindungan daripada menerima kitab dengan tangan kiri atau dari belakang semasa membasuh tangan kiri. Pada permulaan pengajian ditekankan penghayatan dalam bacaan yang lazim/berulang iaitu surat Al Fatihah dari bismilah …. hingga akhir.

ii. Fekah (Bab Haji)

a. Dinyatakan tempat-tempat yang paling diberkati untuk solat dan doa di Masjidil Haram iaitu dari rukun hingga makam Nabi Ibrahim a.s. Kita digalakkan solat sunat 4 rakaat dengan dua salam.. Dijelaskan juga bahawa Hajarul Aswad dan Bawah bekas tapak kaki Nabi Ibrahim a.s adalah berasal dari syurga. Mengucup Hajarul Aswad adalah amalan sunat yang mendapat pahala.

b. Amalan yang dilakukan di dalam Masjidil Haram akan diberi 120 rahmat iaitu;

Tawaf                60 rahmat

Solat                 40 rahmat

melihat Kaabah 20 rahmat

Jumlah             120 rahmat.

c. Tiada Solat Tahayatul Masjid di Masjidil Haram dan kita digalakkan supaya solat hajat sebelum tawaf mohon dipermudahkan tawaf dan dapat mengucup Hajarul Aswad.

wallahu’allam.

Leave a Reply