Pengajian Al Quran 2

Guru : Ustaz Hj Yaakub Lubis

Pengajian tajwid malam ini berdasarkan surah Al Naml (27) yang bermaksud SEMUT. Bacaan dan rujukan tajwid dari ayat 1 hingga ayat 44. Hukum tajwid yang dipelajari meliputi (i) Mad Lazim Kalimi Musaqal (dibaca dengan 6 harakah) Contoh :  وَلاَ الضَّالِّينَ

ii. Hamzah wasal :Hamzah yang tidak kekal bacaannya, contoh ارْجِعْ dibarisi baris bawah jika huruf ketiga berbaris bawah atau atas dan dibarisi hadapan jika huruf ketiga berbaris hadapan.

iii. Cara membaca huruf MUQATTA’AH. Iaitu huruf-huruf yang terdapat di awal sebahagian surah Al Quran. cara membacanya dibaca sesuai dengan nama hurufnya. Contoh طس

iv. IZHAR SYAFAWI : Hurufnya 26, iaitu(semua huruf hijaiyah selain م dan بِ . Hukum bacaannya jelas dan cepat.

Selain pelajaran tajwid dilatihtubi bacaan ketika sujud ayat Sajadah (tanda masjid) boleh juga dibaca ketika sujud syukur. Maksud bacaan dalam sujud sejadah ialah ; Sujud wajah bagi Allah yang telah mencipta dan memberi pendengaran, pengelihatan dengan kehendak dan kekuatanNya, Maha Suci Allah yang telah mencipta seluruh makhluk. Sedikit sebanyak pelajaran yang dapat dipetik pada kali ini dan semoga ia kekal untuk diamalkan. Wallahua’lam

Leave a Reply