PENDAKWAH HEBAT, PENDENGAR JELAS APA YANG DISAMPAIKAN, NAMUN APA YANG KHALAYAK HARUS LAKUKAN!

Jika kita hadir di majlis ilmu, kita akui kehebatan penyampainya, apatah lagi memang dikenali dan selalu muncul di media massa dan elektronik. Huraiannya tetang fekahnya, tentang tauhidnya memang kita akui kepakarannya dan juga kealimannya. Namun sebagai khalayak pendengar, apakah harus dilakukan untuk menjadi manusia yang terbaik selepas mendengar sesuatu kuliah agama atau tazkirah? Kita tidak akan ke mana sekadar ilmu yang semangat diperolehi jika kita kurang jelas apa yang seharusnya kita laksanakan selepas ini! Di sinilah pentingnya pendakwah menjelaskan juga langksh ysng perlu dilakukan olrh audien setelah memahami sesuatu ilmu yang disampaikan. Apakah langkah pertama, kedua dan seterusnya sehingga mantap/istiqamah amalannya! Sebagai contoh penyampai menyampaikan kuliah berkaitan ‘ bidaah/ misalnya! perlu dipandu supaya hadiri memahami bahawa amalan yang kita laksanakan mestilah menepati syariah! amalan hendaklah dilaksanakan dengan istiqamah. Perlu dijelaskan bahawa amalan bukan diamalkan secara ikutan. Kita bukan sekadar memahami maksud bidaah tetapi kita juga perlu memastikan amalan kita menepati syariah. Supaya kita mempunyai kenyakinan terhadapa amalannya. Kita perlu mantap aspek tajwidnya, aspek fekah dan sebagainya supaya amalan kita berdasarkan pemahaman yang sebenar yang membawa kita beramal keranaNya, biarpun tidak ramai melaksanakannya. Sebagai contoh, kita akan pastikan tidak tercicir solat fardu berjemaah kerana kita faham keutamaanya. Kita tidak tercicir solat sunat sebelum fardu subuh kerana kita faham kelebihannya dengan jelas! bukan kita laksanakan kerana ikutan atau secara kebetulan kita terawal ke masjid atau apanila kita solat berjemaah di masjid! sekadar contoh!

Leave a Reply