PENAT DAN SIBUK BUKAN ALASAN UNTUK TIDAK HADIR SOLAT BERJEMAAH

Penat dan sibuk dengan urusan dunia merupakan alasan yang sinonim tidak hadir solat berjemaah. Mereka yang bekerja memang amat memahami kepenatan ini. Namun, dengan hadir solat berjemaah yang memakan masa 15 – 20 minit sebenar tidak menambah lagi kepenatan yang sedia ada!, malah kita akan merasa tenang dengan solat berjemaah yang merupakan suatu tuntutan. Allah tidak membebankan hambaNya melebihi kemampuan yang dikurnikan kepada hambaNya. Hanya kekuatan dalaman yang membuang alasan penat dan sibuk yang kita hadapi. Ramai orang bekerja tapi tetap istiqamah hadir solat berjemaah, malah kerjanya hanya menggunakan tulang empat kerat di panas terik mentari, berbanding yang beralasan ini berada sepanjang hari di bilik yang berhawa dingin. Penat sedikit di dunia untuk melaksanakan suruhanNya akan diganjari dengan ganjaran yang amat lumayan di akhirat nanti berbanding dengan kepenatan dengan mengabaikan suruhanNya yang akan tersangat penat di akhirat nanti. Jangan sesekali melayan kepenatan yang kita masih mampu untuk hadir solat berjemaah.

Leave a Reply