PENAMPILAN BIARLAH SEPADAN DENGAN ILMU!

Orang yang paling mulia di sisiNya ialah orang yang paling bertaqwa. Penampilan diri mengikut sunnah adalah berpahala, samada dalam aspek perlakuan , berpakaian dan bagainya secara zahir amat digalakkan. Namun seharusnya ianya hendaklah disertakan dengan ilmu. Sekurang-kurang penampilan disertai dengan proses pembelajaran( elakkan penampilan semata-mata tanpa keinginan untuk mendalam ilmu bagi memastikan amalan dan penampilan tersebut selari dengan ketepatan amalan sebagai yang diperintahNya). Sebagai contoh penampilan berpakaian berjubah dan berserban merupakan satu sunnah, namun kadang kita perhatikan amalan agak tidak menepati sebagaimana yang sepatutnya. Kita terlupa orang bertrampilan sunnah namun, masih mendirikan solat sunat selepas fardu Subuh dan fardu Asar. Mendirikan solat takkala azan dikumandangkan( tidaklah salah, tapi seeloknya dengarlah dulu azan kemudian solatlatlah)kerana setengah ulama menghukumkan makruh. Mereka ini masih bercakap-cakap semasa azan dikumandangkan. Belum lagi aspek tajwid dalam bacaan al Quran! Sekiranya dalam proses pembelajaran itu memang islam benarkan, namun ianya berterusan tanpa ada sebarang usaha untuk belajar ( macam ‘ lembu kenyang’) seolah sudah pandai. Amat menyedihkan beramal secara ikut-ikutan.Kita hanya mampu berdoa semoga dikurniakan taufik dan hidayah untuk mendalami ilmu supaya selari dengan amalan. Kita juga perlu mencelah sekiranya mempunyai ruang untuk memperbaiki insan yang malang ini.

Leave a Reply