PELUANG MENUNAIKAN HAJI

Hari ini menjelaskan bahawa bakal jemaah yang tidak diluluskan oleh panel TH tidak akan dibenarkan mengerjakan ibadat haji. Nampaknya semakin banyak syarat dan halangan untuk melaksanakan ibadat fardu sebagai rukun kelima. Pada asasnya di antara syarat haji ialah kemampuan dan terpilih untuk ke sana. Persoalannya adakah kita ingin mengadapNya tanpa melaksanakan rukun kelima walau bukan atas kemahuan kita. Ingat haji yang mabrur balasannya adalah syurgaNya. Ini bermaksud jika kita melaksanakan ibadat haji dengan memenuhi semua syaratnya dan melaksanakan dengan sepenuh hati dengan persiapan yang lengkap maka HARAPAN untuk mendapat haji yang mabrur amat cerah. Untuk itu kita kenalah bermula dari saat ini membuat persiapan yang rapi dan berdoa bersungguh-sungguh agar dikurnian peluang untuk menunaikan ibadat haji semasa kesihatan kita berada di tahap terbaik di mana seboleHnya dalam usia yang masih muda dan perkasa. Tumpuan kepada ibadat dengan bersungguh-sungguh dengan menghadiri majlis ilmu serta mengamalkannya. Amalan-amalan yang istiqamah inilah kita akan bawa ke sana dalam proses kita mengisi perkara-perkara yang rukun dalam ibadat haji. Menghadiri diri untuk solat berjemaah di samping melaksanakan solat-solat sunat secara istiqamah. Bermula dengan solat sunat wudhuk, taubat, tahajud,witir, dhuha, awabin, rawatib, hajat dan sebagainya secara iatiqamah dan inilah yang Akan jika jadikan amalan kita apabila kita menunaikan fardu haji. Belajar dan tadarus alquran, puasa sunat ISNIN dan khamis dan hari-hari yang disunnahkan. Amalan ini juga akan diisi apabila kita berada di sana. Seandainya kita dipanggilNya sebelum kita ke sana, maka kita akan terasa puas kerana kita telah bersungguh beramal dan amalan ini juga kita niatkan untuk dilaksanakan semasa kita mengerjakan ibadat haji nanti. Persiapan untuk menggapai haji yang mabrur mestilah bermula dari sekarang. Ramai yang berpeluang ke sana, namun tidak berpeluang untuk membuat persiapan yang terbaik. Biarlah kita bersiap siaga dark sekarang dan pastinya akan lahir kesungguhan untuk ke sana secepat mungkin. Berdoa dan BERAMALLAH secara istiqamah dan bersungguh-sungguh. Allah MAHA MENDENGAR DAN MEHA MEMBERI. BEEDOALAH

Leave a Reply