PEJALANAN

CATATAN perjalanan menikmati kebesaran Ilahi( JOHOR BAHARU) 2 Safar 1434H

Pagi kelmarin dulu di Kota Bharu, kelmarin di KL dan hari ini di Johor Baharu. Itu di antara perjalanan hidup di dunia dan apabila tiba masanya ianya akan ditamatkan. Ada diberi kesempatan Hidupnya panjang sedikit perjalalanannya sehingga  hampir atau melebihi 100 Tahun, ada sederhana panjang umurnya, ada umurnya seketika sahaja iaitu Beberapa tahun, beberapa bulan, beberapa hari dan ada yang hanya diberi kesempatan hidup hanya beberapa Saat sahaja selepas dilahirkan.

Namun Allah MAHA ADIL, bagi yang tidak diberi kesempatan membuat apa-apa sama ada pahala atau dosa akan terus dimasukkan ke syurgaNya. Bagi yang terus diberi peluang hidup, ianya bergantung kepada amalan di sepamjang hidupnya. Baik amalannya syurgalah juga penyudahnya. Namun, jika kesempatan dalam PERJALANAN hidup lalai terhadapNya maka nerakalah tempat skhirnya. Kita yang memilih PERJALANANNYA.

 

Leave a Reply