PAYAH

Semua nampak payah dan sukar selagi kita tidak merasai kemanisan sesuatu amalan dalam beribadat kepadaNya. Alasan tidak hadir solat berjemaah yang sinonim kita dengar ialah sibuk. Sibuk dengan pelbagai urusan dunia siang dan malam. Tujuh hari seminggu seolah-olah tiada cuti. Penuh sebulan sibuk dari awal Subuh sudah mulai sibuk. Kesibukannya mengalahkan PM kita. Sebenarnya alasan tersebut pada zahirnya kita yang memberi alasan, tapi pada batinnya ianya dikawal oleh syaitan.Kita boleh hadir ke majlis lain tanpa halangan walaupun masa bertugas sekalipun apabila kita memerlukan sesuatu keperluan apatah lagi hari cuti kita dapat hadir duduk berbicang bermacam-macam hal. Kenapa? sebab majlis tersebut kebanyakannya dipenuhi dengan ‘lagha’! jarang orang mnegingati Allah dengan berzikir dan sebagainya pada majlis tersebut. Malah tidak berdoa pun untuk orang yang meraikan atau menjemput kita walaupun majlis tersebut majlis yang baik. Iblis tidak mengawal batin kita untuk ke majlis ini kerana ia ‘melaghakan’. Bagaimana kita? adakah kita ingin batin kita dikawal oleh syaitan laknatullah sepanjang masa? tidakkah ada keinginan kita untuk melawannya dengan bersungguh-sungguh. Sekurang-kurang kita dapat hadir berjemaah waktu Subuh yang pada realiti belum pun kita sibuk.Mamaksa diri untuk hadir berjemaah pada hari yang dikata tidak sibuk bekerja iaitu hari cuti hujung minggu.Iblis bertugas siang dan malam selama 24 jam dan jika kita pun sibuk dengan dunia 24 jam apakah tiada persamaan dengan kesibukan iblis? Maka, janganlah disibukkan sepanjang 24 jam, sepanjang 7 hari seminggu, 31 hari sebulan sebagaimana sibuknya iblis memnyesatkan manusia setiap saat selagi adanya bulan,bintang dan matahari. Biarlah kita sibukkan diri kita melaksanakan suruhanNya dengan ibadat khusus atau ibadat umum. Buanglah jauh-jauh kesibukan yang kita ciptakan dengan bantuan syaitan sedikit demi sedikit. Jangan kita kalah kepada syaitan tapi kita mesti kalahkan syaitan jika ingin jadi juara (balasan syurga). Apakah kita ingin mengalah pada syaitan atau mematuhi suruhanNya?. Kita hanya mempunyai ‘ONE CHOICE’ saja.

Leave a Reply