PAYAH SANGATKAH?!

Semuanya mahu cepat, hatta berinteraksi dengan Allah pun kebanyakkan ingin segera! Agaknya terpengaruh dengan produk “instant” ! Di pasaran banyak produk makanan yang segera!.  Sebagaimana kita sedia maklum apa kebanyakkan yang segera itu kualitinya masih menjadi persoalan! Tentunya kalau yang berperisa memang bukan yang “original” tetapi sekadar ditambah perasa sahaja. Kalau minuman dibubuh perasa mengikut rasa buah-buahan dan sebagainya (bukan buah asli yang kisar dan dijadikan minuman!).  Dalam ibadat pun ramai yang ingin segera seolahnya urusan di luar solat maha penting dari urusan dengan Allah. Kalau sekali sekalu itu adalah juga alasannya, akan tetapi ianya sudaj menjadi rutin.  Kalau dalam solat pun ingin cepat, apatah lagi wirid selepas solat! Tidak bolehkah kita usahakan tambah sedikit demi sedikit zikir dan doa dalam solat dengan bacaan tambahan sebagaimana yang disunnahkan. Kita berusaha tambah sedikit dalam doa iftitah, tambah sedikit pada ‘itidalnya, pada rukuknya, pada sujudnya danpada tahiyat akhirnya. Ianya hanya mengambil masa beberapa saat sahaja! Tidak bolehkah kita mencubanya dan jadikan secara istiqamah! Cubalah untuk merasai manisnya berinterasi danganNya.

Leave a Reply