PASCA RAMADHAN II

Situasinya kembali kepada pre Ramadhan. Jemaah Subuh terutamanya di setiap masjid suasananya sama sebelum Ramadhan, adakala lebih teruk lagi dari sebelum Ramadan. Manusia menjadi sibuk kembali dengan kesibukan mengejar habuan dunia. Perkara yang teramat peliknya ialah mereka dapat meluang sedikit masa pada Ramadhan untuk hadir berjamaah untuk solat fardu dan sunat terawih, malah kerap hadir untuk solat Subuh berjamaah. Tidak terkesankan seruan yang diwar-war sepanjang Ramadhan bahawa madrasah Ramadhan merupakan permulaan kepada amalan seterusnya. Situasi ini kita lihat selari dengan situasi bagi sebahagian besar jemaah haji. Semasa mereka di Makkah dan Madinah, masjidlah destinasi utama dan tempat yang dikunjungi. Namun, apabila kembali ke tsnah air kita lihat mereka bukan penyumbang kepada peningkatan jemaah masjid. Oleh itu untuk mengelak daripada situasi tersebut menjangkiti diri, maka sentiasalah memohon doa padaNya seanjang masa supaya istiqamah. Mertabat istiqamah itu lebih tinggi daripada keramat.

Transit musafir

Hotel Concorde Inn , KLIA -8.30am

Leave a Reply