PASCA PRU13

Keputusannya sudah kita sedia maklum, semoga Allah mengganjari pemilihan yang telah kita buat yang inginkan tegaknya agamaNya, inginkan keadilan, ketelusan, kebajikan rakyat terbela dan sebagainya yang muluk-muluk. Walau apa yang kita pilih tidak sebagaimana kita mahukan kerana bagi orang lain, mereka ingin perkara lain.
Allahlah yang MAHA MENGETAHUI apa yang diputusnya. Kita sebagai hambaNya perlu memastikan dalam keadaan apapun syariahNya tidak kita abaikan. Apakah sepanjang tempoh PILIHANRAYA yang maha juga sibuknya, syariahNya kita juga maha sibuk jua. Apakah sepanjang kita berkempen dan mengikuti perkembangan kempen kita tetap melaksanakan suruhanNya secara bersungguh-sungguh tanpa eminggirkan aksesori ibadat kita atau sekadar melaksanakan yang fardu dan wajib sahaja?
Apakah qiamulainya kita laksanakan secara konsisten semasa, KETIKA dan selepasnya. Jika kita semuanya begitu insyaAllah Allah, Allah alan kurniakan kemenangannya kalau tidak sekarang pasti masa akan datang. Muhasabah diri sendiri apa yang kita amalakan sepanjang dua minggu lepas. MOHONLAH kepadaNya agar kita sentiasa berada di landasan yang betul dan terus istiqamah.

Leave a Reply