PASANG MATLAMAT UNTUK MENDAPAT HAJI YANG MABRUR DAN USAHAKANLAH!

Rasanya tiada jemaah haji yang menuju ke Makkkah yang tidak inginkan haji yang mabrur. Namun, niat tersebut kita kena pasang niat matlamat kita dengan bersungguh-sungguh. Bersungguh-sungguh dengan disertai dengan persediaan dan beramal segala suruhan semasa di sana. Kita juga kena tanamkan keinginan untuk mengamalkan semua amalan terbaik kita di sana apabila pulang ke tanah air nanti. Perlakuan amalan kita apabila pulang ke tanah air secara tidak langsung menggambarkan kemungkinan kita mendapat haji yang mabrur. Haji yang mabrur tiada lain lagi balasannya kecuali syurga!. Mudahan semuanya dianugerahi haji yang mabrur. Namun kena ingat, anugerah haji yang mabrur bergantung kepada niat kita yang ikhlas dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menggapainya.

Leave a Reply