Pandangan

Oleh kerana semakin ramai bijak pandai dalam bidang agama, maka wujudlah pelbagai pandangan dan hukum berkaitan dengan sesuatu isu. Maka, sudah pasti wujud pro dan kontranya. Mereka yang pro menyokongnya berdasrkan nas dan Ada juga menyokong membabi buta. Mereka yang kontra juga terdapat berjenis-jenis. Mereka mempunyai hujah dan ada pula kerana terkena Batang hidungnya.
Sebenarnya dalam mencari yang terbaik, kita tidak pro dan kontra, apatah lagi mengeruhkan keadaan. Terutamanya seorang itu berilmu, maka rujuk dan perdalami lagi ilmu berkaitan dengan sesuatu isu yang berbangkit. Contohnya isu ” Riya'” ia bergantung kepada tahap amalan seseorang dan berbeza dengan orang awam. Setiap itu tersebut mempunyai jalan keluar supaya apa yang orang nampak riya’ sebenar pada diri kita tidak. Kita yang mengamalkan maka kita yang menilai tahap amalan kita. Perhalusilah pendapat ilmuan lain agar selari dengan kehendakNya. Kerana ilmuan sejati akan menyampaikan semata-mata keranaNya. Di jiwa ulama sejati ialah meramaikan ahli syurga dan cubs melepasi diri agar tidak dipersoalkan tentang ilmunya. Pada mereka syurga Allah itu tidak terbatas isinya dan Allah tidak Akan rugi apa-apa jika manusia itu ke neraka atau syurga. Kitalah yang menanggungnya atas apa yang kita amalkan dan kita pilih melalui akal yang dianugerahiNya.

Leave a Reply