PAKAR

Pakar dierti mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang. Kita melihat pakar dalam semakin bercambah terutama di media elektronik khususnya FB. Laman FB dipenuhi dengan motivasi agama sama ada dalam bentuk “copy and paste”, forward, diambil daripada sumber sedia ada dari kitab agama dan sebagai. Ia suatu perkembangan yang positif. Namun, yang lebih utama ialah kita menjadi pakar dalam mengamalkan segala suruhan. Pakar dalam melaksanakan amalan sunat. Pakar di sini bermaksud kita cemerlang dalam mengamalkan sunah mengikut sunnah dan pakar dalam melaksanakan istiqamah. Pakar dalam mengamalkan lebih hebat dari pakar dari aspek berkata-kata dan tulis menulis. Aspek yang akan dipersoalkan oleh Allah nanti ialah kepakaran dalam amalan kita bukan sekadar pakar dalam menyuruh orang melaksanakan sesuatu amalan. Malah pakar dalam menyuruh orang melaksanakan tetapi bukan pakal dalam amalannya akan menerima balasan yang sebaliknya.

Leave a Reply