PAHALA PERCUMA DAN SEMPURNA – INGINKAH?

Siapa tidak ingin pahala percuma dan ibadatnya sempurna! Semua kita inginkan kerana balasan syurga! Tapi, bagaimana? Cara tidak mudah tapi tidak mustahil! Apa saja ibadat yang kita laksanakan amat mustahil untuk mendapat kesempurnaan ! DiterimaNya sudah menjadi satu keuntungan. Untuk mencapai kesempurnaan dalam ibadat yang kita dirikan amat sukar, cuma kita sentiasa berusaha meningkatkan amalan dengan tambahbaik dan tambah nilai supaya menjadi ibadat kita sentiasa lebih baik dari sebelumnya. Apabila ini kita amal dan laksanakan secara istiqamah maka, jika berhalangan yang bukan disengajakan dari melaksanakannya, maka Allah yang maha penyayang akan menilai amalan yang kita laksanakan secara istiqamah. Amalan qiamulai yang kita istiqamah dengan sentiasa kita laksanakan dan sekira terbangun, hati kita akan merasa sesuatu kerugian yang amat sangat, maka sudah pasti Allah akan menilainya sebagai ibadat yang terbaik. Amalan istiqamah kita yang lakasanakan dalam solat fardu berjemaah yang tidak dapat kita laksanakan kerana halangan syarie, sudah tentu Allah yang Maha Pemurah akan menilai solat persendirian kita sebagai hadir berjemaah. Halangan ayarie yang dimaksudkan ialah yang Allah pasti Maha Mengetahui. Begitu juga dengan amalan-amalan lain yang kita telah laksanakan dengan istiqamah, ikhlas serta sentiasa ingin yang terbaik!.
Betapa sia-sianya mereka yang lalai dalam ibadat dan ibadatnya tidak istiqamah melakasanakan semasa lapangnya apatah lagi masa berhalangan! Marilah kita berusaha untuk mendapat ganjaran percuma dan pahala yang sempurna dengan melaksanakan ibadah secara istiqamah dan sentiasa menambah baik ibadat serta mengadakan nilai tambat yang ditetapkan oleh syariat.

Leave a Reply