OPEN HOUSE -Topik Perbincangan

Budaya baru yang berkemmbang pesat. “Open House” merupakan acara kunjung yang diamalkan dalam semua agama dan tidak terkecuali hari raya Idilfitri Fitri. Walaupun perayaan hanya sehari dan disambung puasa enam dan seterus puasa Isnin dan Khamis sebagai tanda lulusnya madrasah Ramadhan. Namun, sambungannya bukan sahaja dengan puasa enam dan ibadat-ibadat yang lain tapi perayaannya disambung sambutan sehingga sebulan. Majlis “Open House” ini ada positifnya dari aspek jalinan saliturrahim. Persoalannya majlis ini dicemari dengan topik-topik yang tersasar jauh dari tujuan sambutan perayaan. Sepatutnya topik utama ialah proses memakmurkan masjid pasca Ramadhan. Bagaimana pengisian dari aspek diri dan masyarakat kesan daripada amalan puasa dan amalan-amalan di sepanjang sebulan Ramadhan. Sebahagian besar topiknya berkisar kepada peristiwa semasa sebagai contoh kemalangan jalanraya. Masing-masing menjadi pakar tentang penyebab kemalangan dan Ada pula berindak sebagai hakim dengan membuat kesimpulan tentang punca nahas tersebut. Topik harga rumah yang semakin meningkat. Tidak terkecuali topik international seperti isu di bumi Mesir. Untuk isu Mesir merupakan isu yang sepatut menjadi perbincangan. Namun, tumpuan perbincangan tidak seharusnya tertumpu kepada perbunuhan. Ianya semestinya mencakupi punca konflik terjadi. Pusing punya pusing, ia berkait erat dengan amalan di sepanjang bulan Ramadhan. Kenapa pada bulan teraebut Surau dan masjid melimpah ruah, solat betjamaah Subuh yang sukar di lakukan tapi ada peninkatan yang ketara. Tapi lihatlah pasca Ramadhan. Topik inilah yang seharus diungkit dan diperdebatkan sekiranya kita ingin melihat perayaan ini sebagai hari kemenangan umat Islam yang mana boleh mengerun musuh Islam dan orang Islam sendiri yang tidak yakin dengan kehebatan Islam.

Leave a Reply