NISFU SYA’BAN

Malam ini merupakan malam ke 15 bagi bulan Sya’ban. Ini bermakna tinggal 15 hari lagi kita akan menyambut Ramadhan al Mubarak. Setengah-setengah tempat mebuat sambutan dengan membaca surah Yasinn. Berkebetulan dengan malam ini merupakan malam Jumaat maka adalah sangat bertepatan kita iringin persiapan memasuki bulan Ramadhan dengan meneruskan amalan yang telah menjadi amalan istiqamah kita iaitu bacaan surah al Kahfi ataupun surah Yasinn. Pada siangnya sebagaimana yang telah menjadi amalan kita untuk puasa Khamis yang menjadi pasangan Isnin dan yang berkemampuan boleh memulai puasa hari cerah iaitu 13,14 dan 15 bulan hijrah yang bermula pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat. Apa yang menjadi keutamaan kita ialah setiap amalan yang kita kerjakan mestilah selari dengan sunnah Rasul Sallahu ‘alaihiwasallam berpandu hadis shohih.Terdapat dua hari lagi untuk kita berpuasa sunat Isnin dan Khamis, maka jangan sesekali lepaskan peluang keemasan ini. Seandainya kita berjaya melaksanakan puasa Isnin dan Khamis sepanjang tahun diikuti dengan puasa-puasa sunat tertentu yang menjadi sunnah, ini bermakna kita telah melaksanakan lebih kurang satu perempat bulan dalam setahun termasuk bulan Ramadhan kita berpuasa. Apabila kita berpuasa, maka secara tidak langsung ia menghidarkan diri kita melakukan perkara-perkara yang dilarang demi menjaga puasa kita supaya dapat menyampaikan puasa yang mabrur kepadaNya. Selamat bersiapsiaga untuk mendapatkan puasa yang mabrur dan dianugerahi malam lailatul Qadar. Persiapan mencapai malam laitul Qadar untuk tahun ini sebenarnya bermula sebaik sahaja fajar menyinsir pada 30 Ramadhan yang lalu. Namun penganurahan malam lailatul Qadar adalah milikNya yang mutlak.

Leave a Reply