NILAI MURNI

Nilai murmi merupakan nilai-nilai yang baik yang diajar oleh semua agama, nilai murmi dalam Islam adalah yang terbaik kerana ianya mesti selari suruhanNya. Nilai-nilai bersifat luar daripada amalan yang diwajibkan. Ianya cerminan daripada amalan fardu yang diwajibkan kepada hambaNya . Nilai ini melibatkan perlakuan luran dan tuturkata yang dapat dinilai oleh pihak kedua dan ketiga. Nilai murni merupakan pelengkap kepada amalan fardu atau wajib. Sekiranya nilai murni tidak seiring dengan amalan wajib atau fardu, maka ada sesuatu yang tidak kena dengan amalan wajib atau fardu kita.Jika kita jemaah dan istiqamah di masjid maka, sifat dan perlakuan yang baik dan terpuji harus menjadi amalan yang istiqamah. Elakkan dari cemuhan ” selalu ke masjid tapi perangainya….” faham-faham sendiri. Sebenar pengamalan nilai-nilai kadang lebih sukar dari amalan yang difardukan atau yang diwajibkan. Maka, dengan ini mahu tidak mahu seharunya melatih diri dengan amalan tersebut.Sekiranya sebaliknya, iaitu kita tidak mendapat layanan berdasarkan nilai murni oleh pihak kedua atau ketiga, maka ubatnya kita semestinya menggunakan nilai murni ” sabar”. Sabarlah dengan kerenah perlakuan tidak melaksanakan nilai murni dalam kehidupan mereka. Keseiringan amalan ini merupakan kesempunaan ibadat kita. Tanpa keduanya amalan akan menjadi pincan walaupun kita kaki masjid.

Leave a Reply