NIKMATNYA SIHAT

Sakit seharusnya dijadikan pengajaran bahawa amat bernilainya sihat itu. Semua nikmat 5 pancaindera dapat manfaatkan. Kadang- kita terlupa nikmat beribadat apabila kita sihat. Kita dapat mendirikan solat dengan sempurna, semua rukun dan sunat dalam solat dapat kita amalkan dengan sempurna. Baysngkan sukarnya melaksanakan solat apabila kita dalam keadaan tidak sihat, malah ada yang bercuti solat! Begitu dengan amalan lain seperti puasa wajib, apatah lagi untuk melaksanakan puasa sunat. Ibadat malam sudah pasti terganggu srandainya kesihatan tidak mengizinkan. Urusan keduniaan untuk mendapat sesuap nadi pasti turut trrjejas dek tidak sihat. Hablumminannas sesama manusia yang dikasihi akan turut terbantu. Itulah nikmatnya sihat kadang-kadang kita terlepas pandang.

Leave a Reply