NIKMAT-YANG SUDAH, AKAN DAN DITARIK SEMUA

Kadang-kadang kita tidak sedar nikmat kita ditariNya secara perlahan-lana. Ketidak sedaran rupanya disebabkan kealpaan kita bersyukur di atas nikmat yang dikurniaNya. Namun, kita bernasib baik kerana Allah menatik nikmat secara perlahan-lahan. Bagaimana sekiranya nikmat yang dikurnuinya ditarik sekaligus ( sakit yang tidak akan sembuh atau penamat nikmat dunia iaitu mati?. Tanpa kita sedari nikmat yang dianugerahi ditarik secara perlahan-lahan sehinggalah berakhirnya segala nikmat apabila kita ditarik nikmat bernafas. Nikmat mata merupakan anugerahNya ditarik secara perlahan dengan pandangan mata kita semakin hari semakin kabur. Nikmat makan, semakin hari kita tiak dapat lagi menikmati sesuatu makanan kerana menyebabkan kita akan menerima kesan sampingan. Kekuatan fizikal kita semakin lemah.ingatan kita semakin pudar.Nikmat nafsu juga ditarik secara perlahan-lahan.Sentiasalah kita merenungi nikmat yang ditarikNya supaya kita sentiasa bersedia jika nikmat ditarik semuanya(mati) dan bersyukurlah dengan nikmat yang masih ada. Tanda kesyukuran yang sebenarnya adalah melipat ganda amalan sama ada yang difardukan atau yang sunat. Buatlah yang terbaik dengan aksesori yang selengkapnya.

Leave a Reply