NIAT DAN AMALAN KENA SELARI DENGAN SYARIAH

Sebahagian kita beramal dengan niat yang baik, namun amalannya lari dari landasan syariah mwnyebabkan amalam menjadi sia-sia. Kita kena pastikan amalan dan niat selari dengan syariah. Sebagai contoh solat.Sesetengah imam solat melaksanakan solat dengan laju alasannya menjaga kemasylahatan makmum, sedangkan makmum yang hati tidak mempunyai sebarang masalah untuk melaksanakan solat berjemaah sesempurna mungkin. Sebahagian imam telah meninggalkan wirid, doa dan zikir yang menjadi AMALAN Rasul sallalahu ‘alaiwasallam, sedangkan bacaan-bacaan tersebut hanya memerlu beberapa saat sahaja untuk diamalkan dan fadhilatnya amat Besar fadhilatnya dalam menghasilkan solat yang semapurna. Dek kerana ingin cepat atau entah apa niat di hati sebahagian imam yang menyebabkan imam mengabaikan bacaan tersebut yang turut menjejaskan makmum yang inginkan solat sebagaimana nabi sallalahu ‘alaiwasallam solat.Kalau kita perhatikan bacaan yang diabaikan oleh sebahagian imam di antaranya doa iftitah, bacaan ‘itidal, bacaan di antara dua sujud, bacaan pada hujung tahiyat akhir, malah terdapat imam yang metingkaskan doa ketika rukuk dan sujud. Apatah lagi wirid selepas solat yang diringkaskan, sedang imam sepatutnya tidak perlu kelam kabut untuk urusan kerana itulah tugas utamanya “core business”. Sama ada makmum ingin berwirid atau sebaliknya, terpulanglah kepada mereka, namun jangan mengecewakan makmum yang ingin berwirid selepas solat. Sememangnya wirid selepas solat boleh diamalkan secara bersendirian, namun sesetengah makmum lebih bersemangat untuk berwirid bersama imam, terutama yang masih dalam proses pembelajaran. Sila ambil perhatian para imam yang dikasihi.

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. elite profit system review - Trackback on 2016/09/26/ 14:05
  2. Cctv cameras - Trackback on 2016/10/21/ 19:20