NASIHAT DAN DAKWAHLAH PERKARA YANG BAIK YANG TELAH KAMU AMALKAN

Sesungguhnya kita dituntut menuntut ilmu. Keberkatan dan aura ilmu itu amat bergantung kepada siapa guru yang menyampaikannya. Kita dituntut mempelajari dari sesiapa sahaja asal benar berdasar ajaran nabi S.A.W. Namun ramai yang menghadiri majlis ilmu, tetapi perlakuan selepas itu adalah biasa sahaja dan kadang-kadang ‘Hangat-hangat tahi ayam’. Persoalannya mengapa? adakah guru yang menyampaikannya tidak menarik atau kenapa? Dewasa ini ramai yang amat berilmu dan berbakat pula dalam penyampaian tapi khalayak yang mendengar seolah-olah mencurah air ke daun keladi. PUNCANYA pada pandangan pemblog ialah kebanyakan pendakwah sekadar ‘cari makan’ kerana sektor baru boleh menghasilkan pendapat lumayan di samping dapat meraih gelaran dari institusi raja. Ramai pendakwah yang bergelaran datuk. mampu tinggal di rumah-rumah banglow. mampu menaiki kenderaan mewah seperti ‘bm’,’mercy’ dan lainnya, mampu terbang macam burung ke sana ke sini, melaksanakan umrah tanpa mengira waktu dan lain kemewahan. Persoalannya golongan beriman tidak bertambah dengan ketara tetapi gejala sosial dan jenayah bertambah dengan ketara?!. Kenapa ini berlaku? Persoalannya apakah setiap patah perkataan yang dituturkan oleh pendakwah itu telah menjadi amalannya? atau sekadar menuangkan ilmu yang ada di dada tanpa menuangkan amalannya sekali?!. JAWAPANNYA KEBERKATAN DAN AURA ILMU BERGANTUNG KEPADA JENIS ILMU ITU. SEKIRANYA ILMU YANG DI SAMPAIKAN ITU, ITULAH AMALANNYA MAKA BERIMANLAH KHALAYAKNYA. Tidak ramaikan pendakwah begini? CARILAH PARA MURABBI BEGINI DALAM MERAIH ILMU AGAR KITA AKAN TERAMAL APA YANG KITA TERIMA.
perhatikan dan fikirkanlah. wallahu’allam

Leave a Reply