NANTI

“Nanti” 5 huruf yang membentuk kata yang bermaksud tuggulah masanya, tunggulah apabila tiba masanya, tunggulah apabila sudah pencen nanti, tunggulah sekarang ini masih sibuk, tunggulah hari tua nanti,dan bermacam-macam penungguan.Ramai sering berkata perkataan ini, samada secara terbuka atau dalam hatinya. Orang yang mempunyai perkataan ini sama ada pada tutur katanya atau dalam hati menunjukkan ada keinginan untuk menjadi orang baik dan ingin mengamalkan ajaran Islam secara syumul. “Nanti” di atas bermaksud penangguhan untuk beribadat secara sepenuh masa. Bermacam alasan yang di antaranya dinyatakan di atas. “Nanti” terbentuk kerana sifat yang masih sayang dengan situasi yang ada. Mereka ini mahu bebas dan mempunyai pemahaman bahawa dengan pengamalan Islam secara syumul semua akan terbatas. Sebagai contohnya melengah-lengah ibadat haji takut nanti apabila bergelar “Haji” maka banyak perkara yang perlu ditinggalkan!. Namun perlu diingat adakah saat yang kita nantikan sempat tiba? Atau kematian yang tiba!
Jika anda berjaya membuang sifat “nanti” barulah anda akan merasai nikmat beribadat dan akan merasa suatu penyesalan kerana selama ini kita mempertahankan sifat tersebut. Sifat “nanti” memang kegemaran utama syaitan.Ayuh, buangkan sifat “nanti” yang bertaut di hatimu dan segeralah gapai kemanisan iman. Buangkan sifat nanti untuk berjemaah, nanti untuk solat di awal waktu, nanti untuk tadarus al Quran, nanti menghafal dan mengamalkan zikir-zikir, nanti untuk solat-solat sunat, nanti untuk berpuasa sunat, nanti untuk menunaikan haji, nanti untuk qiamulai, nanti dan nanti untuk melaksanakan amalan disukaiNya dan sudah pasti tidak disukai syaitan. Jangan ikut arahan syaitan supaya menangguhkan amalan, laksanakan segera dengan memadam sifat nanti secara istiqamah sedikit demi sedikit sehingga sikap “nanti” untuk beribadat kepada Allah berkubur di sanubari kita. Gantikan “Nanti” dengan “sekarang ini juga”.

Leave a Reply