Nampak Mudah tapi laksanakannya Payah-AKSESORI IBADAT KE V

Majoriti orang Islam solat tapi tidak ramai solat awal waktu. Ramai menyedari kepentingan solat secara berjamaah tapi tidak ramai yang berjaya melaksanakannya. Ramai mengetahui kelebihan berjamaah di masjid atau Surau tetapi sedikit yang berjaya memenuhi ruangnya. Kebanyakkan orang Islam  memahami kelebihan amalan sunat, namun tidak ramai yang berjaya istiqamah dengan amalan tersebut.
Namun ramai yang tidak menyedari kelebihan amalan sunat yang nampaknya kecil tetapi sebenarnya ianya membawa natijah kepada istiqamah. Apabila perkara sunat kita  istiqamah, isyaAllah perkara yang wajib pasti kita akan  laksanakan sebaik mungkin. Perkara kecil dan sunat yang kita laksanakan akan memberi impak dan nilai tambah yang tidak terhingga terhadap amalan kita.
Sebagai contoh, membuang air kecil atau air besar secara duduk adalah sunnah. Di samping ia mempunyai kaitan adab kesopanan. Namun yang paling utama ialah kesan perlakuan kita ini. Apabila kita kencing sambil duduk kita dapat menghidari dari percikan najis air kencing tadi kepada badan atau pakaian kita. Ini dapat mengelak pakaian atau badan kita terkena najis. Kebersihan pada diri dan pakaian kita akan membawa kepada kesempunaan ibadat kita terutamanya solat. Solat yang memenuhi syarat kebersihan adalah antara kesempunaan solat. Apabila solat kita sempurna maka, kebarangkalian untuk diterimaNya adalah besar. Apabila solat kita diterima banyak impak di dalam kehidupan kita dalam menuju keredhaanNya. Di antara tempat kegemaran syaitan ialah tandas. Kebanyakkkan rumah pada zaman moden ini, menggabungkan tandas dan bilik mandi. Kebanyakkan bilik mandi yang kita masuki tidak disediakan ‘kain basahan’ sebagai alas untuk mandi dan kesimpulan yang dapat kita andaikan ialah ramai yang mandi dalam keadaan bogel. Walau perkara ini tidak membawa kepada haram, namun bagaimanalah agaknnya syaitan-syaitan menontonnya dan yang lebih kita tidak inginkan ialah apakah arahan Allah kepada malaikat untuk dicatatkan berkaitan amalan kita semasa membersihkan diri. Nampaknya mudah dan remeh namun payah dan tidak ramai yang dapatmelaksanakannya . Ayuh!!! Kita mulai amalan sunnah kita dengan dua perkara di atas secara istiqamah . Selepas itu kita laksanakan aksesori ibadat seterusnya.

Leave a Reply