MUSIBAH -KENA ATAU TIDAK IBADAT KENA TERUSKAN SECARA ISTIQAMAH

Lebih lagi yang terhindar dari musibah… Dan berganda pahala amalan mereka yang berjaya mengekalkan amalan tak kala ditimpa musibah.  Solat lah sesempurna mungkin dan sebanyak mungkin jika ada ruang atau usahalah cari ruang masa dan waktu untuk melaksanakannya. Sentiasalah basahi bibirmu dengan zikir iaitu tadarus, istighfar, zikir, DOA dan sebagainya. JIKA ada peluang cari dan tagihlah ilmu berkaitan ibadat dan amallah ilmu tersebut sepenuh hati secara istiqamah. Tekanan emosi agak berat ketika ditimpa musibah, namun tenaga agak kurang digunakan. Jadi apa salah jika diamalkan puasa sunat ISNIN dan KHAMIS, kita berpahala dan menghilangkan tekanan dan utama mendapati kemanisan beribada, lebih manis jika berjaya dilaksanakan dalam keadaan sukar. Anggaplah setiap ibadat kita seolah ibadat yang terakhir.

Leave a Reply