MUSAFIR, SOLAT SUBUH BERJEMAAH DAN WAKTU YANG SANGAT KRITIKAL!

Waktu berlepas Airasia dari KLIA2 pada pukul 6.25 pagi. Penumpang dipanggil masuk ke dalam pesawat 40 minit sebelum waktu berlepas iaitu jam 5.45 pagi. Masuknya waktu di KLIa2 ialah pukul 5,51 pagi. Peristiwa krikal ini berlaku beberapa hari yang lalu. Pilihan hati ingin kekalkan sola fardu Subuh berjemaah tanpa gagal!. Jadi apa pilihan anda? Pilihan yang diambil ialah bersiap sedia dengan wuduk dan berada di sag depan surau KLIA2. Lima minit sebelum jam 5.51 pagi , azan dikumandangkan dan seminit sebelum jam 5.51 pagi iqamat dilaungkan dan dijangka tamat iqamat tepat jam 5.51 pagi. Tepat 5.51 pagi imam mengambil tempat dan mengimami solat fardu Subuh berjemaah. Perancangan yang teliti menjadi perkara yang sunat(azan dan iqamat tidak ditinggalkan) dan yang wajib solat fardu berjemaah berjaya diamalkan. Tamat waktu solat kira-kira lima minit dengan wirid dan doa sambil berlari anak menuju ke dalamn pesawat dengan penuh kesyukuran dan hebatnya dengan kudratNYA KAMI bukan orang terakhir yang masuk ke perut pesawat! Alhadulillah.

Leave a Reply