MUSAFIR DAN IBADAT

Allah menyeru hambaNya berjalan untuk melihat kebesaranNya serta kejadian umat yang terdahulusebagai penguat ibadat dan mengambil pengajaran daripadanya.

Peluang bermusafir adalah satu kurniaNya. Masa lapang, kesihatan dan rezeki kurniaanNya yang telah memberi peluang kepada kita untuk bermusafir semestinya dimanfaatkan sepenuh sebagai usaha peningkatan amalan disamping riadah fizikal dan mental untuk diri dan keluarga. Keriangan dan kegembiraan semasa bermusafir harus diguna dengan sebaik-baiknya. Apa sajatujuan bermusafir asalkan tujuannya tidak ke arahmaksiat adalah digalakkan terutamanya ziarah saudara-mara, menambah ilmu, melihat keindahan dan kebesaran Ilahi di mana sahaja dan sebagainya.

Namun, sebahagian besar para musafir mengambil mudah dalam soat ibadat sama ada amalan wajib atau yang sunat. Kekalkanlah amalan-amalan harian yang sedang kita amalkan sepanjang bermastautin. Kalau kita boleh melapangkan masa berjam-jam untuk bersiar-siar, membeli belah atau melawati tempat tertentu, apakah susah sangat untuk kita sediakan sedikit masa untuk mengamalkan amalan harian,kita? Jika enam jam boleh kita habiskan untuk tujuan riadah, maka ambilsekitar sejam untuk mengekalkan amalan harian kita. Boleh diistilahkan 2 in 1.   Servey dahulu masjid dan Surau di sekitar penginapan kita agar dapat kita kekalkan solat fardu Subuh berjamaah. Bagi solat fardu yang lain kita dikurniKan kelonggaran untuk jamak dan qasar ,di mana kita juga akan mendapat pahala sama macam harian biasa jika kita sentiasa istiqamah berjamaah apabila kita berada di rumah kita. Ambillah sedikit masa untuk berdarus dan bertadaburselepas sahaja solat Subuh. Solat sunat dhuha boleh kita laksanakan sebelum memulakan aktiviti semasa kita bermusafir. Sekiranya keadaan terdesak laksanakan walau dalam kenderaan( pastikan sentiasa berwuduk). Amalan puasa bolehkah ditangguhkan semasa bermusafir walaupun kita akan terasa kehilangan sekiranya kita sudah istiqamah puasa Isnin dan Khamis. Allah MAHA PEMURAH dan mengetahui amalan hambaNya . Cubalah dan rasailah nikmat kurniainNya.

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. iPhone 7 - Trackback on 2016/08/28/ 08:07
  2. gudang karawaci - Trackback on 2016/09/23/ 04:42
  3. Frontier Mail Login - Trackback on 2016/09/29/ 07:27
  4. anal play - Trackback on 2016/10/31/ 00:45