MUSAFIR – CABARAN DALAM MENGEKALKAN AMALAN

Sebahagian manusia bergerak untuk BERMUSAFIR. BERMUSAFIR  untuk tujuan yang baik  sama ada untuk berziarah  saudara mara stau sahabat hsndai, menuntut ilmu atau  apa saja tujuan asalkan tujuan baik ianya membawa kebaikan kepada di dirinya. Kesukaran yang kita hadapi merupakan hikmah yang di antara doa dimakbulkan ialah doa orang yang sedang musafir. . Oleh itu kita kena kekalkan amalan kita sedaya upaya serta perbanyakkan berdoa apabila BERMUSAFIR. Bagi mereka yang istiqamah dengan amalan, mereka akan merancang dengan teliti semua aspek dan sebarang kemungkinan semasa bermusafir. Kesukaran agak ringan jika menggunakan kenderaan sendiri, Namun agak sukar bagi mereka ysng menggunakan pengangkutan awam terutamanya kapalterbang.  Sebagai contoh,  masa pesawat berlepas hampir atau bersamaan dengan waktu masuknya fardu Subuh agak menyukarkan untuk kita solat fardu Subuh berjemaah serta solat sunat sebelumnya. Oleh itu, jika ada  sedikit masa sebelum masuk ke dalam pesawat usahalah untuk solat berjemaah . Persiapan awal adalah perlu seperti ‘check in’ lebih awal dan ‘ready’ wuduk serta tunggu di tempat solat dan bincang dengan mereka yang ada di sana untuk terus solat sebaik sahaja masuk waktu. Amalan-amalan lain seperti solat malam, zikir dan sebagainya perlu dirancang dengan rapi dalam semua aspek dan kemungkinan agar amalan istiqamah kita dapat dilaksanakan dengan jayanya walau bbagaimana  sukar sekalipun . Yakinlah Allah akan menunjuki jalannya.

Leave a Reply