MULAILAH DARI REJAB JIKA BELUM BERMULA

Puasa Ramadhan sudah hampir dan kurang daripada dua bulan sekarang. Kita kini berada hampir kepada pertengahan bulan Rejab. Apabila kita menyebut bulan Rejab secara sepintas lalu kita terbayang puasa Ramadhan yang semakin hampir. Jadi apakah kaitan bulan Rejab dengan bulan Ramadhan? Ulama terdahulu menjadikan bulan ini sebagai bulan persiapan diri untuk menghadapi puasa Ramadan. Kita disarankan melipat gandakan amalan sehinggalah tiba Ramadhan ,maka dari aspek mental dan fizikal kita lebih bersedia melaksanakan puasa Ramadhan tahun ini sebagai puasa yang terbaik untuk dipersembahkan kepadaNya. Ini bemakna amalan puasa Ramadhan kali ini tentulah yang terbaik sepanjang kita berpuasa. Target kita 100% ‘perFect’. Untuk itu kita sebenarnya sepatutnya memulakan kerja atau persiapannya sejak Hari pertama bulan Syawal yang lalu. Namun, jika pun belum, kita masih belum terlewat untuk membuat persiapan semaksima mungkin agar mendapat puasa Ramadhan kali ini puasa yang mabrur. Mulailah dari sekarang dengan puasa sunat Isnin dan Khamis serta hari cerah di samping mendalami rukun dan syarat sah puasa serta hukum-hukum yang berkaitan dengan puasa. Amalan Qiamulai perlu distabilkan secara istiqamah, mendalami ilmu al Quran diikuti dengan tadarus dan tadabur. Semua amalan ini diamalkan dengan bersungguh-sungguh dan ianya diharap menjadi pemakin kepada puasa Ramadhan nanti biarlah ketibaannya kita sambut dengan persiapan yang rapi. Amalan-amalan sunat seperti solat sunat, doa dan zikir perlu dibiasakan dari se ka rang! Dalami ilmu berkaitan al Quran supaya tadarus yang kita laksanakan diterimaNya apabila ianya menepati aspek tajwid dan sebagainya. Apabila ilmu al Quran kita telah kuasai maka amalan lain akan lebih sempurna. Kerana setiap amalan melibat bahasa alQuran seperti bacaan dalam solat, bacaan doa serta zikir-zikir melibat bahasa al Quran yang mesti kita perhatikan. Oleh itu Tanpa sebarang perasaan rendah diri, malu dan sebagainya kita mesti segera menguasai bacaan al Quran yang betul. Bergurulah dari sekarang dengan melempar jauh-jauh sifat ego kita. Datanglah ke majlis ilmu terutama ilmu mendalami al Quran. Mulailah dari se ka rang.Ayuh! Besok kita mulai puasa Isnin! Berdoalah semasa bersahur dan berbuka. Berbuka dan bersahur dengan menu harian biasa kita dan seboleHnya jangan nampak perbezaan di antara menu semasa berbuka dan menu pada hari biasa. Menu berbuka bukanlah kemuncaknya puasa kita tetapi amalan sepanjang berpuasa dan malamnya adalah kemuncaknya. SELAMAT BERSEDIA UNTUK PUASA RAMADHAN YANG MABRUR.

Leave a Reply