MUHASABAH ZULKAEDAH

Syawal sudah berlalu, bahagialah kepada muslimin dan muslimat yang berjaya melaluinya Ramadhan sebagaimana yang diperintahNya. Tanda kemabruran puasa kita dapat kita lihat amalan pada Syawal dan HARI yang seterusnya.Apakah amalan kiamulai masih istiqamah? Puasa Isnin dan Khamis sudah mula dibiasakan serta amalan-amalan sunat sudah semakin sebati.
Kini Zulakedah sudah menjelma. Kepada muslimin dan muslimat yang dipilih Allah sudah tiba di Madinatul Munawwarah bermula 17 September lalu dan sehingga penerbangan yang terakhir. Kami yang berada di bumi sendiri mendoakan semua jemaah dianugerahi haji yang mabrur. Apabila ramai dikurniai haji yang mabrur, makin ramailah jemaah di masjid-masjid dan surau-surai, majlis-majlis ilmu bersemarak dengan kehadiran ramai muslimin dan muslimat. Negara semakin aman dan damai kerana sudah ramai orang baik-baik. Orang yang baik-baik ini akan turut membimbing keluarga dan masyarakat supaya menjadi lebih baik. Akhirnya, MANUSIA yang beriman ini akan bertambah kuat dan pada hujungnya akan menggerunkan musuh-musuh Islam. Maka tiada lagi yang berani menghina agama yang benar ini. Harapan kita perubahan berlaku tidak seperti sebelumnya. Kita lihat haji-haji makin bertambah setiap tahun namun jemaah masjid dan Surau tidak juga bertambah dan yang paling menyedihkan ianya semakin susut.
Kepada para jamaah yang Allah pilih, pasanglah niat untuk mendapat haji yang mabrur, kerana balasannya bagi seseorang yang mendapat haji yang mabrur adalah SYURGA. Namun, untuk mendapatnya Perlu usaha yang bersungguh-sungguh serta persiapan yang rapi. Perkara yang paling pokok ialah ILMU. ILMU memandu kita melaksanakan setiap amalan mengikut apa yang dikehendakiNya bukan apa yang kita kehendaki.

Leave a Reply