MUHASABAH SOLAT

Dulu kita solat, kini kita solat dan seterus kita akan solat sehingga kita dipanggilNya. Namun, selalukah kita muhasabah solat kita. Mungkin kita rasa kita telah menambah atau mengekalkan kuantiti solat kita dengan membuat penambahan kepada solat fardu dengan pelbagai solat sunat!. Bagaimana dengan aspek kualiti solat-solat kita? Apakah dulu kita berwudhuk dengan berniat dan membasuh dan menyapu anggota yang menjadi syarat sah wudhuk, namun adakah kita lakukan nilai tambah dengan doa-doa yang mengiringin basuhan dan sapuan kita sebagaimana menjadi amalan Rasul sallahu ‘alaiwasallam. Ini sebahagian daripada banyak sunnah yang menjadi amalan Rasul sallahu ‘alaiwasallam sebelum baginda mendirikan solat. Pada solat terdapat pelbagai doa dan zikir yang menjadi amalan baginda dalam setiap rukun bermula dengan doa iftitah yang lengkap yang jarang diamalkan oleh hambaNya. Kita hanya melazimkan doa iftitah yang kita baca puluhan tahun lalu tambah ada penambahan sebagaimana bacaan doa ifititah yang lengkan daripada baginda Rasul sallahu ‘alaiwasallam. KenA MUAHASABAH SOLAT kita agar solat yang dirikan berkualiti.

Leave a Reply