MUHASABAH PASCA RAMADHAN, SYAWAL DAN PENGHUJUNG ZULKAEDAH!

Sudah sebulan dan 24 hari Ramadhan meninggalkan kita. Bulan Ramadhan bulan rahmatNya yang menandakan Maha Penyayangnya Allah kepada hambaNya. Kalau sebelum Ramadhan kita disibuk dengan dunia yang sebenarnya dapat kita uruskan sebagaimana kita uruskan kehidupan di bulan Ramadhan! Dengan kehadiran Ramadhan menyebabkan Allah memberi ruang mengurus kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya. Kelekaan kita, tersentap apabila Ramadhan tiba. Di bulan Ramadhan yang keperluan hidup kita sama dengan bulan sebelumnya, namun di bulan ini kita mempunyai masa untuk berjemaah di masjid sama ada yang fardu atau yang sunat, amalan solat lebih terjaga dan bertambah dengan amalan sunat. Kita mempunyai masa untuk bertadarus, beriktikaf di masjid, bangun untuk qiamulai walaupun sekali-sekala, makan berjemaah bersama keluarga apabila berbuka (biasanya di bulan lan kita makan sendiri-sendiri dan tidak berusaha untuk makan malam bersama!), kita boleh menahan makan siang sepanjang sebulan, menjaga pancaindera dan sebagainya. Maka muhasabahnya begaimana sekara selepas hampir dua bulan Ramadhan meninggalkan kita? Bagaimana dengan solat jemaah? tidak berusahakan kita untuk puasa sunat sekurang-kurang tiga hari dalam sebulan atau sebaiknya pada Isnin dan Khamis? Tadarus bagaimana? muhasabahlah diri kita dan kaitkan dengan bulan yang mulia itu. Mudahan kita menjadi insan yang sentiasa lebih baik dari sebelumnya.

Leave a Reply