MUHASABAH- MASIH ISTIQAMAHKAH KITA……

Semestinya kita kena sentiasa membuat ‘check list’ setiap amalan kita. Amalan wajib kita semak kesempurnaannya yang telah kita tambah nilai adakah masih berjaya kita laksanakan? Amalan sunat yang menjadi amalan kita secara ‘rutin’ adakah masih kekal tanpa ‘defisit’?  Tanpa senarai semak menyebabkan kita kadang-kadang lalai menyebabkan amalan akan tidak bertambang dan bertambang malang sekiranya amalan kita semakin menurun!  Semak nilai-nilai tambah pada solat kita, solat berjemaah lima waktu, solat sunat, puasa sunat Isnin dan Khamis, qiamulai, zikir pagi dan petang, zikir-zikir harian yang lain, doa-doa dalam setiap gerak-geri kita, tadarus dan tadabur, menghadiri majlis ilmu di raudhah, bersedekah, dan lain-lain. Memang senarainya nampak panjang, namun jika ianya merupakan amalan istiqamah kita ianya amat sedikit jika dibandingkan dengan jumlah amalan yang diperintahNya. Ingat ! bahawa setiap perintah mampu dilaksanakan oleh hambaNya. ALLAH MAHA MENGETAHUI dan ALLAH MAHA PENYAYANG setiap suruhan pasti tidak membebankan. ALLAH MAHA PENGASIH kepada hambaNya.

Leave a Reply