MUHASABAH JUMAAT

Sempena Jumaat ini yang belum pasti kita berjempa Jumaat seterusnya, namun marilah kita memohon kepadaNya agar kita ditemukan lagi dengan Jumaat seterusnya agar kita dapat meningkatkan amal kita. Untuk itu marilah kita muhasabah diri sehingga kita. Masihkah kita :

Mempelajari al Quran ?

Masihkan kita menghadiri majlis ilmu?

Masihkah kita melaksanakan puasa sunat Isnin dan Khamis?

Masihkah kita kekal dengan solat wuduk setiap kali berwuduk?

Masihkah kita amalkan bacaan surah al Khaffi setiap hari Jumaat?

Masihkah kita bertadarus setiap hari sekurangnya 100 ayat?

Masihkah kita bertadabur walaupun se ayat?

Masihkah kita bangun 1/3 malam terakhir?

Masihkah kita amalkan sedekah secara istiqamah walaupun untuk beberapa sen?

Masihkah kita istiqamah zikir pagi dan petang?

Masihkah kita amalkan bacaan al quran dan zikir sebelum tidur?

Masihkah kita baca doa bangun dari tidur?

Masihkah kita amalkan aksesori tambahan dalam solat?

Istiqamahkah kita solat berjemaah lima waktu?

Masihkah kita konsisten dengan solat sunat yang muakad?

Masihkah kita amalkan doa-doa dalam setiap perlakuan kita? seperti doa ke masjid, masuk dan keluar masjid, masuk dan keluar tandas dan sebagainya secara istiqamah?

 

dan, dan, daan masihkan?

Mohonlah kepadaNya agar kita kekal istiqamah semua amalan yang disuruhnya yang tersenarai dan tidak tersenarai di atas.

 

 

 

Leave a Reply