MUHASABAH DIRI SELEPAS SYAWAL

Hari ini genap 29 Syawal. Hari Ini masih ada ‘open house’ . ‘open house ‘ sebenarnya open untuk saudara dan rakan sahaja. Sebahagian jiran pun tidak dijemput! Itulah realitinya. walaupun hari, hari meraikan kemenangan , namun konsepnya telah terbabas. Sepatutnya pada hari mulia ini, kita, saudara, jiran serta Kenalan kunjung-mengunjungi, namun perkara ini jarang berlaku. Jiran yang sepatut orang pertama tempat beraya dengan tidak berlaku. Masing-masing lebih selesa mengunjungi rakan yang jauh. Itulan raya tanpa ilmu agama.perkara yang utama dan sepatutnya menjadi perkara yang tidak diutamakan tetapi perkara yang tidak utama serta tidak sepatutnya tetapi ianya berlaku.
Namun, Syawal sudah berlalu. Masa yang lalu sudah dipancung oleh pedang masa. Marilah kita MUHASABAH diri sendiri sebagai persiapan Ramadhan yang akan datang. Sekiranya Ramadhan tersebut kita tidak diizinkan lagi maka anggaplah sebagai persiapan untuk mati. MUHASABAH ini berbentuk persoalan, di mana jawapan oleh kita sendiri dan gambarannya adalah tahap keimanan kita sendiri.

SOLAT. Bagaimana dengan solat berjamaah kita? Bagi mereka berjaya melaksanakan solat berjamaah 5 waktu dalam bulan Ramadhan, apakah masih dapat kekalkan? bagi mereka yang tidak berkesempatan melaksanakannya pada Ramadhan, kita hanya perlu mendoakan agar Ramadhan mendatang mereka juga dapat berubah.
SOLAT SUNAT. Apakah masih kita laksanakan sebanyak 23 rakaat plus plus? Seandainya kita berjaya melaksanakan solat Terawih, witir dan sunat rawatib, apakah kita dapat kekalkan dengan jumlah yang sama dan plus plus seperti solat sunat rawatb (12 rakaat) plus sunat witir plus sunat tahajud plus sunat dhuha plus sunat hajat plus sunat wuduk plus sunat tasbih dan lainnya yang hampir sama jumlahnya!
PUASA.kita telah berjaya melaksanakan puasa selama 29 tanpa mangkir walaupun badan kurang sihat. Namun, apakah kita dapat melaksanakan puasa sunat enam Syawal dan diikuti dengan puasa ISNIN dan Khamis dan boleh mangkir sekiranya badan kurang sihat!
ZIKIR. Pada Ramadhan, ramai antara kita digayuti buah tasbih sepanjang masa. Apakah bibir kita masih basah dengan zikrullah!
PANDANGAN . Kita semaksima mungkin menjaga pandangan mata dari perkara mungkar. Apakah kita masih istiqamah mengawal pandangan kita!
TELINGAN. Kita tulikannya pada Ramadhan dari suara-suara yang dikawal oleh radio channel syaitan. Masihkah kita mentelinga kualikan telinga kita seperti itu!
KAKI. Saban hari kaki kita melangkah ke masjid dan Surau. Apakah haluannya masih sama!
MULUT. Bagaimana?
Bagaimana? Dan bagaimana?
Jawablah dahulu sebagai set induksi MUHASABAH diri sebelum kita berbicara berkaitan amalan-amalan secara istiqamah.

Leave a Reply