MUHASAbah DIRI BERKAIATAN SOLAT BERJEMAAH

Hari ini adalah hari minggu dan kebanyakkan daripada kita bercuti. Namun solat berjemaah tiada cutinya sehinggalah kita dipanggilNya. Pertanyaanb sebagai muhasabah diri sendiri. Adakah kita hadir solat fardu Subuh berjemaah pada fajar tadi? Kalau tidak kenapa? Terlambat bangun? Atau memang tidak merancang untuk hadir berjemaah? Atau Ada urusan yang teramat penting( lebih penting daripada seruanNya untuk berjemaah)? Atau merasakan tidak apa-apa pun jika tidak hadir berjemaah? Atau tidak ambil kisah pun yang penting tidak meninggalkan solat fardu Subuh? Ada pelbagai alasan dan sebab kenapa gagal hadir solat fardu Subuh berjemaah ! Hanya diri sendiri yang tahu. Sudah satu kerugian. Solat fardu Zohor bagaimana? Adakah waktu tersebut kita berjaya berada di masjid untuk Solat berjemaah, malah sempat melaksanakan Solat sunat yang lain seperti Solat wuduk, tahatul masjid, rawatib dan sebagainya dan tahniah kepada yang berjaya Solat fardu zohor berjemaah dalam keadaan ramai yang tidak mempedulikan keutamaan Solat berjemaah. Kalau hari bekerja kegagalan dengan alasan kekangan kerja namun pada mass cuti bergantung kepada Kekuatan iman. Kalau anda gagal hadir berjemaah kenapa? Cuba atasilah alasannya! Untuk Solat fardu asar bagaimana ? Tahniah kepada yang berjaya melaksanakan tuntutan berjemaah! Yang gagal kita mehasabahlah diri kita agar kita dapat melaksanakan suruhanNya. Maghrib dan Isyak bagaimana ? Masih sibuk? Moga kita dikuniakan Kekuatan untuk melaksanakan suruhan dan berusahalah untuk berjemaah semaksima LIMA waktu yang boleh. Acarilah kemanisan berjemaah.

Leave a Reply