MUHASABAH DI PENGHUJUNG RAMADHAN

Alhamdulillah, sekirangnya diizinkanNya tiga hari lagi kita akan menyambut hari kemenangan. Kemenangan kerana dapat melalui bulan yang penuh keberkatan ini dengan amalan puasa. Ibadat khusus yang menjadi rukun Islam. Puasa yang kita laksanakan adalah khusus untuk dipersembahkan kepada Allah. Dalam soal dunia, seandainya kita ini memberi hadiah kepada orang lain terutamanya yang berkedudukan sudah pasti kita akan pilih yang terbaik. Bagaimana dengan puasa kita? Apakah yang terbaik dan telah memenuhi rukun dan syarat dan apakah puasa ini diterimaNya? Jawapanya hanya Allah sahaja yang berhak Namun, apakah puasa yang kita laksanakan ini memenuhi rukun dan syarat- syaratnya? kita yang melaksanakannya kita juga yang dapat menilainya. Apakah perbezaan puasa kali ini dengan puasa yang lalu? ‘up’ or ‘down’ or ‘stay'(Akan diringkaskan UDS).bagaimana dengan penjagaan panca indera yang lima? Mata kita dengan yang haram dan mungkar, mulut kita dari percakapan yang sia-sia dan yang lebih parah lagi mengumpat, bertenggang leher,telinga kita dari mendengar perkara yang dilarang atau hiburan yang melalaikan, tangan kita dari mengambil atau menyentuh yang haram, kaki kita dari melangkah ke tempat maksiat dan yang melalaikan. Seandainya Lima anggota zahir itu dapat kita ke bawa ke arah yang diredhaiNya maka peratusan DITERIMA agak positif.bagaimana dengan amalan-amalan sunat. Sudah khatamkan 30 juz? Sudan bertadaburkah? Apabila bertadabur adakah kesan dan pengamalannya dari tadabur itu? Bagaimana amalan malam? Istiqamahkah qiamulainya? DariBagaimana dengan tanggungjawab kita sebagai insan? Pemurahkah, penyayangkah,prihatinkah, sabarkah, rajinkah? Ringan tulangkah? Dan semua sifat mahmuddah itu kita dapat amalkan dan sifat mazmumah kita dapat hindarinya? Adakah semua itu UDS? Diri sendiri yang dapat menilainya. Ciri-ciri di atas adalah antara penilaian Allah dalam ibadat puasa. Namun, ingatlah jika kita ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk mencapai Allah akan membantu. Allah MAHA PEMURAH dan MAHA PENGASIH dan MAHA PENERIMA. Berusaha dengan baki puasa yag masih ada bersungguh- sungguh dan berserahlah kepadaNya?

Leave a Reply