MUHASABAH 2015

Kita sudah berada dipenghujung 2015, alhamdulilah seandainya kita dihidupkan sehari dua lagi maka kita bakal berada di tahun baru mesihi 2016. Kena muhasabah diri terutamanya yang melibatkan tugas kita sebagai hambaNya. Sebagai seorang hamba dan dicipta hanya semata-mata untuk beribadat kepadaNya. Semestinya ibadat kita sentiasa ada peningkatan dari tahun 2014>2015> sewajibnya untuk tahun 2015! Hisablah diri kita dalam semua aspek ibadat. Di antaranya:
Berkaitan fardu solat
-solat berjemaah
-solat diawal waktu
-solat dengan khusyuk
-aksesori solat supaya solat kita lebih sempurma
-solat-solat sunat siang dan malam
-‘refresh’ ilmu berkaitan dengan solat
Puasa
– kualiti puasa fardu dan sunat
– kuantiti puasa sunat
Zakat/sedekah
Tadarus dan tadabur
Majlis ilmu
Dakwah
Zikir
Dan sebagainya
ADAKAH ADA PENINGKATAN DAN BAGAIMANA UNTUK DITINGKAT PADA TAHUN 2016 -perlu muhasabah dan perancangan yang berstrategik.

Kita perlu sentiasa toleh ke belakang dan membaiki,menambah setiap amalan dalam ibadat kita selagi kita diberi nyawa olehNya.
Selamat tahun BARU 2016 semoga tahun ceria dan maksima ibadat, entah-entah ianya tahun terakhir musafir kita di dunia yang fana ini. Mudahan amalan kita diterimaNya dan kita sentiasa dirahmatiNya.

Hotel Bangi Putrajaya
(Room 650)
No smooking room

Leave a Reply