MUDAHNYA BERIBADAT JIKA KITA INGIN MENCUBA!

Semuanya percuma dan mudah untuk meraih pahala serta berada dalam keadaan beramal sepanjang masa. Sebaik sahaja membuka mata apabila bangun dari tidur, bacalah doa yang hanya mengambil masa beberapa saat sahaja. Sebelum melangkah ke bilik air, langkahlah dengan kaki kiri disertai dengan doa yang hanya mengambil 5 hingga 10 saat. Ingat bilik air tempat tinggal syaitan, sebab itu kebanyakkan yang terjatuh di bilik sukar disembuhkan berbanding jatuh atau ‘strok’ di tempat lain.Beberapa saat yang kita amalkan yang diganjari olehNya, kita cuba dapat menghindar dari perkara yang tidak diingini angkara syaitan yang menetap di bilik air (pastikan bilik sentiasa bersih sebersihnya supaya syaitan tidak selesa menghuni di situ). Doa keluar bilik air, boleh amalkan yang paling ringkas yang hanya mengambil masa kurang 5 saat!. Sebaik sahaja selesai urusan di bilik air, jangan lupa penyudahnya dengan mengambil wuduk. Keluar darinya terus kan doa wuduk yang mengambil masa kurang 15 saat. Jika mempunyai waktu laksanakan solat sunat wuduk yang doanya mohon dijauhi kesempitan di dunia dan akhirat(dapatkan doa selepas solat wuduk dari sumber yang sahih!). Mudahnya beribadat yang hanya mengambil masa kurang dari 60 saat tetapi mendapat ganjaran pahala beribadat dan mempunyai fadhilat tertentu. Cubalah dan istiqamahlah!!!

Leave a Reply