Mudah-maudahan Abah dan Mek Sihat Sentiasa

Pengalaman setelah bergelar bapa menyedarkan betapa tidak ternilai jasa dan pengorbanan abah dan mek. Dalam situasi yang amat sukar telah mendidik kami menjadi manusia. Dalam kepayahan membesar kami dengan kudrat tulang empat kerat, kami telah berjaya menjadi orang yang dapat menyumbang kepada masyarakat. Jasa dan pengorbananmu tidak ternilai dengan pemberian jutaan wang ringgit atau kemewahan sekali. Kepulangan kami tempoh hari agak menyedihkan kerana kesihatan abah dan mek amat membimbangkan. Abah sperti biasa demamnya yang datang dan pergi, batuknya yang agak kronik masih menyerang dan menganggu keselesaan hidup, menjejas rutin ibadahnya(kalau diizikan biar penderitaan tersebut bertukar ganti dengan anakmu ini). Mek yang sentiasa ceria walau sakit, tapi pada kali ini agak membimbangnya asyik berbaring sahaja(kelakuan demikian yang berlaku pada. Mek ialah seorang yang teramat gigih, sering mengabaikan kesihatan, kepenatan, keletihan diri demi anak-anak dan cucunya (hampir sama dengan sifat isteriku). Berhempas pulang mencari rezeki untuk membesarkan kami. Hanya Allah yang dapat membalasmu. Syukur kak wan sentiasa di samping mereka. Semoga Allah membalas jasa adikku yang tabah ini. Ubat yang diberi daripada Klinik Datuk dr Saidina Umar telah habis dan ubat dari hospital Machang juga kurang berkesan. Masalah utama abah ialah dia amat berat untuk mendapat rawatan rapi di hospital. Nasihan doktor untuk berada di wad bagi mendapat rawatan rapi dimungkirinya. Begitu sifat kebanyakkan warga tua. Mudah-mudahan Allah s.w.t sembuhkan mereka kami sentiasa mendoakan kesihatan kalian setiap detik. Adik-adikku sentiasa hubungi sebagai pengubat hati. Kehilangan yang dirasai setelah ketiadaan mereka sudah tiada guna lagi sekira sisa kehidupan mereka tidan kita ambil peluang. Yang ampuni kedua ibu bapa kami.

Leave a Reply