MOST HUMAN BEHAVIOUR IS LEARNED THROUGH MODELLING

Pendapat di atas dikemukan oleh ahli psikologi(Albert Bandura). Walaupun bidang ini adalah subjek utama semasa belajar, namun sudah lama tidak mencatat berkaitan dengan psikologi. Apabila singgah di sebuah took buku di KLIA terpandang sebuah buku bertajuk ” THE PSYCHOLOGY BOOK ” oleh kerana psikologi di antara lapangan yang menjadi minat, maka terbelek dan terbelilah buku tersebut Tujuan utama ingin membuat pembuktian bahawa apa yang ahli psikologi bincangkan sebenar sudah terdapat dalam ajaran Islam. Sebagai contoh sebuah teori yang dikemukakan oleh Bandura, memang role model merupakan di antara asas utama dalam penbentukan anak dalam sesuatu keluarga atau pemimpin merupakan role model bagi pengikutnya. Jika seseorang itu tersalah memilih role modelnya maka rosaklah dalam kehidupan beragama khas Islam.
Oleh itu kita hendaklah menjadi role model kepada orang di bawah jaga an kita. Sekiranya kita ingin jadikan role model maka tidak lain dan tidak bukan Rasulullah S.A.W. ialah pilih yang paling tepat.

Leave a Reply